Kalimah Syahadah

MOHON PETUNJUK TERLEBIH DAHULU SEBELUM BERSYAHADAH!

Sebelum berkalimah syahadah, terlebih dahulu marilah sama-sama kita memohun petunjuk dan hidayah dari Allah swt, agar lafaz yang terkeluar dari kalam bibir kita itu, dipersetujui, diperkenan dan diredai Allah Taala. Untuk mendapat perkenan atau  persetujuan Allah, hendaklah terlebih dahulu kita tanya kepada diri kita sendiri, apakah kalimah syahadah yang telah berlangsung dikalam bibir kita itu, dihayati dengan sajian  ilmu atau berlangsung dengan sekadar dendagan alunan suara  bibir?.

Hanya hati mereka-mereka yang dituntun,  ditunjuki, dianugerah dan yang dikehendaki  Allah sahaja yang dapat membuka simpulan iman yang tersembunyi disebalik kalimah syahadah. Allah sahaja yang dapat membuka simpulan iman itu dan hanya Allah sahaja yang dapat  memberi petunjuk kearah megetahui rahsia disebalik syahadah.  Simpulan iman yang tersimpul disebalik syahadah itu, teramat sulit untuk dibuka oleh akal. Syahadah itu,  tersimpul disebalik simpulan iman. Simpulan iman itu tersimpul didalam  kalimah  “tahu”  tetapi tidak  “ mengetahui”  (kenal). Perkataan tahu itu, adalah  simpulan yang tersimpul disebalik khayalan akal  atau hanya sekadar angan-angan.

MAKSUD LAFAS SYAHADAH  YANG SEBENAR

Terjemahan sebenar kalimah La Ila haillah itu, adalah bermaksud “Aku mengetahui  tiada lain melainkan hanya Allah”. Jika tidak kita faham dan tidak kita megetahui  makna disebalik   maksud. Berapa banyak sekalipun kita menyebut perkataan bersaksi atau  kita menyebut perkataan naik saksi, tidak bermakna kita sudah bersyahadah!. Lafaz syahadah kita itu, hanyalah sekadar lafasan bibir yang berangan-angan atau berkhayalan akal semata-mata!.

Lafas syahadah dalam keadaan tidak megetahui, adalah lafaz yang tidak terlafaz atau ucap yang tidak terucap. Syahadah dari bibir mereka-mereka yang dalam berkeadaan hilang ingatan, hilang akal, hayal atau dalam berkeadaan mabuk. Lafaz syahadah  dari bibir orang  yang “tidak megetahui” itu, seumpama  garam yang tiada masin!. Lafaz yang tidak diterima Allah!.

Maksud atau makna perkataan “mengetahui” itu, adalah merujuk kepada “mengenal“. Kiranya kita tidak mengenal Allah, apa kesaksian yang hendak kita persaksikan atau yang hendak kita  persembahkan kepada Allah, cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya?.  Setaip yang bersaksi, hendaklah terlebih dahulu mengenal antara satu sama lain. Sepatutnya yang bersaksi itu, mengenal dengan yang  meyaksikannya!.  Sekiranya saksi tidak kenal kepada yang meyaksi dan yang meyaksi pula tidak mengenal kepada yang bersaksi, apakah ertinya bersyahadah?.   Diantara mereka salin tidak kenal mengenal diantara satu sama lain, apa yang hendak kita persaksikan?.  Cuba jawab pertanyaan sayadengan jujur?.

NAIK SAKSI TETAPI TIDAK BERSAKSI. (SAKSI TIDAK MENGENAL YANG  DISAKSI!).

Sekiranya tuan-tuan masih tidak faham apa itu maksud  saksi  dan apa itu maksud yang meyaksi, mari ikut saya,  saya bawa tuan-tuan masuk sekejab kedalam mahkamah!. Saya mahu tuan-tuan menjadi seorang  saksi dalam satu kes rompakan bersenjata yang mendatangkan kematian. Secara kebetulan tuan melihat dan meyaksikan rompakan tersebut dengan mata kepala sendiri. Sebagai saksi, tuan hakim meminta tuan mengenal pasti pelaku yang melakkan rompakan. Hakim mengumpulkan beberapa orang saspek untuk tuan kenal pasti, yang mana satu perompak yang benar-benar melakukan rompakan tersebut. Cuba tuan-tuan jawab soalan saya, bagaimana sekiranya tuan tidak dapat cam atau tidak dapat untuk mengenal pasti pelaku yang melakukan rompakan tersebut, bolehkan tuan disebut sebagai seorang saksi?. Bolehkan tuan dipanggil sebagai seorang saksi?. Sebagai seorang saksi itu, hendaklah mengenal orang yang disaksikannya!.

Begitu juga dalam soal kita berkaliamah syahadah.  Kita mengaku untuk naik saksi bahawasanya tidak ada Allah lain selain Allah!. Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, bila masanya tuan mengenali Allah?.  Bilamasanya tuan-tuan pernah melihat Allah?. Sekiranya tuan-tuan belum pernah melihat Allah dan belum pun pernah mengenal Allah.  Bagaimana tuan-tuan nak jadikan diri tuan-tuan itu sebagai seorang saksi, sekiranya tuan-tuan sendiri belum pernah  meyaksikannya. Seorang saksi yang belum pernah dipersaksikan (belum pernah diperlihatkan), mana mungkin dapat menjadi saksi bagi meyaksikan suatu kesaksian ?. Cuba jawab, cuba jawab dan cuba jawab dengan hati yang jujur?.  Boleh atau tidak?. Jika jawapannya memihak kepada “tidak”,  bagaimana kesaksian tuan-tuan terhadap kalimah syahadah yang tuan-tuan sendiri sebut dan yang tuan-tuan sendiri lafazkan?. Tidakkah itu satu pembohongan atau satu penipuan?. Tuan-tuan adalah seorang makhluk pendusta!. Dusta pada Allah, dusta pada pandangan masyarakat dan dusta juga kepada diri sendiri!. Apakah ertinya tuan-tuan dan puan-puan sebagai hamba Allah yang berpaksi kepada kalimah syahadah?. Cuba jawab kepadadiri sendiri!.

KEFAHAMAN SYAHADAH ITU, BUKAN MENGIKUT SEBAGAIMANA KEFAHAMAN AKAL!

Maksud atau makna mengenal itu pula, adalah merujuk kepada  kefahaman Allah, bukan datangnya dari kefahaman atau pengertian khayalan akal atau angan-angan!.  Setelah mengenal Allah, barulah terbitnya perkataan sebutan bibir yang disertai dengan perkara  “rasaPerkataan rasa itulah maksud mengetahui. Lafas dengnan mengetahui itulah, baru sah melafazkan kalimah syahadah. Mari kita sama-sama melafazkan dua Lafazlah kalimah syahadah dengan  megetahui Allah, bukannya dengan pegetahuan kita!. Untuk melafaz bersama dengan mengetahui Allah, terlebih dahulu harus kita faham apa itu pengertian perkataan  “aku”!.

Bilamana menyebut perkatanan”aku”, rujuklah kepada Allah, perkataan “aku” disitu,  bukanya merujuk kepada diri kita!. Diri kita bersifat tidak megetahui, hanya Allah sahaja yang bersifat tahu dan megatahui!. Bilamana menyebut perkataan “Aku megetahui”,  rujukalah bahawasanya yang megetahui itu, adalah sifat Allah swt. Allah itu, tiada lain selain Allah!. Aku itu, adalah Aku. Allah itu, adalah Allah!.  (Allah itu, tiada lain selain Allah).

Selagi kita mengaku kita yang megetahui dan kita yang tahu, bererti kita belum lagi bersyahadah.  Perkataan “Aku megetahui” itu, adalah merujuk kepada Allah. Yang megetahu itu hanya Allah !. Bilamana kita melafaz , tasdiklah kedalam hati dan ingatlah dengan perasaan akal yang lemah itu, bahawasanya yang boleh megetahui akan syahadah kita itu hanya Allah. Yang mengerti dan yang faham akan syahadah kita itu, hanya Allah.

Sesudah  kita faham maksud megetahui Allah, barulah boleh kita tambah dengan perkataan aku bersaksi atau aku naik saksi. Sesudah kita faham akan duduknya makna yang tersirat itu, sebutlah apa sahaja perkataan yang terlafaz oleh bibir,  ia tidak lagi memberi bekas. Kerana yang memberi bekas itu, adalah hanya Allah. Cakaplah apapun yang kita sanggup cakap, ianya tidak sedikitpun memberi bekas kepada Allah, kerana yang terlafaz, terucap dan terluah dari bibir itu, adalah dengan megetahui Allah! (dalam ilmu Allah).

Orang yang dalam berkeadaan tidak megetahui itu, adalah sama dengan orang yag dalam berkeadaan mabuk, lalai, hilang akal atau hilang ingatan. Tidak tahu dari apa yang dilafaz atau tidak tahu dari apa yang diperkatakan. Sekadar sedap mulut untuk berkata!. Sekiranya sekadar sedap mulut, budak kecil atau radia kasetpun boleh mengucap sebagaimana lafaz  bibir mulut tuan-tuan!. Apakah itu yang dimaksud atau yang ditakrifkan oleh syarak?. Mengucap sekadar lepas dari bibir,  apakah itu yang disarankan oleh agama kita?. Cuba jawab pertanyaan saya. Jika tidak betul dari apa yang saya sanggkakan, cuba tuan-tuan ceritakan bagaimana lafaz shayadah yang sebenar?. Cuba tuan jelaskan kepada kami, apa yang hendak dinafi dan apa yang hendakk diisbatkan, cuba tuan jawab melalui blog ini, supaya ramai yang boleh lihat pendapat tuan melalui blog ini dan dapat pula kita pula sama-sama belajar dari tuan!.

KEFAHAMAN SYAHADAH MENGIKUT SULUHAN  ILMU MAKRIFAT (DARI SUDUT SULUHAN HATI)

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian.

Bagi mereka-mereka yang sudah mengenal diri dan mengenal Allah, Tidak ada lagi yang menjadi saksi, bersaksi atau menyaksi. Setelah segalanya sudah lebur, binasa dan lebur, apakah lagi yang tersisa atau terbaki pada kita?. Sebagai makhluk, kita adalah bersifat dengan sifat binasa. Setelah binasa segala sifat makhluk, mana lagi adanya kita?. Setelah kita tidak ada dan setelah sifat kita binasa,  siapa lagi yang hendak menjadi saksi?. Seandainya tidak ada saksi, mana mungkin untuk meyaksikan kesaksian!. Saksi itu roh dan yang bersaksi itu  tubuh badan (bibir mulut), manakala yang meyaksikan kesaksian kita itu, adalah  Allah Taala.

Seandainya sifat tubuh badan dan roh kita binasa, kemana lagi hendak kita hadapkan peyaksian kita?.  Itulah makanya bagi mereka yang sudah sampai kepada tahap makrifat, tidak ada lagi yang menjadi saksi, bersaksi dan tidak ada lagi yang meyaksi!. Melainkan garam sudah kembali kepada masin. Tidak ada lagi sifat garam melainkan segala-galanya masin belaka!. Siapa yang hendak menyaksi siapa?. Sesudah segalanya binasa!.

Selagi tidak binasa, tidaklah ia bersyahadah, melainkan sekadar angan-angan atau hayalan akal!.  Bersaksi itu, bilamana ada dua sifat wujud. Setelah wujud diri yang bersifat majazi itu. lebur, mana ada lagi wujud yang lain selain wujudnya Allah!.  Wujud yang lain akan dengan  sendirinya menjadi lebur musnah, bilamana penglihatan mata hati terpandang akan wujudnya Allah!.  Erti wujud itu, bermaksud ada. Sifat ada itu, adalah hanya bagi Allah. Makhuk itu, adalah bersifat dengan sifat binasa!.  Setelah makhluk bersifat binasa, mana ada lagi wujudnya makhluk. Setelah tidak wujudnya makhluk, disitulah baru timbulnya sebenar-benar yang dikataan Allah itu wujud dengan sendiri. Tidak berkongsi wujudnya Allah itu,  dengan wujud yang lain selain Dia.

Bilamana sampainya kita kepada tahap itu, barulah boleh dikatakan bahawa  saksi itu Dia, yang beraksi itu Dia dan yang meyaksipun Dia. Dialah seDia-Dianya. Allahlah seAllah-Allahnya Allah!. Tidak adalah yang wujud, yang ujud dan yang maujud dialam ini selain Allah. Allah itulah Allah, Allah, Allah ………………………………………………………

Inilah syahadah yang sebenar-benar syahadah, pengakuan yang sebenar-benar pengakuan dan tauhid yang sebenar-benar tauhid!. Pengakuan yang bukan setaklat bibir mulut, tetapi pengakuan yang beserta dengan tasdik hati yang ikhlas dan jujur!.  Yang boleh dikatakan ikhlas dan jujurnya tasdik hati itu, setelah kita campakkan garam kedalam sifat  masin.

28 Replies to “Kalimah Syahadah”

  1. Seronok dan gembiranya, semuga yang akan tuan disampaikan itu akan menjadi pencerahan kpd mereka yang hanya tahu menyebut tetapi tak tahu/tak faham dengan apa yang di sebut.Amin

    Like

    1. Assalamualaikom Tuan guru yang di hormati lagi di kasihi.
      Terima kasih atas kepercayaan tuan kpd saya bagi menerangkan pertanyaan dari saudari Norizan di talian 014-8444402 yang di terima pada 23.10.12 jam 6.55 ptg.
      ” Apa maksud yang di sembah sama dengan yang menyembah ?”
      Persoalannya :-
      i) Siapa yang menyembah?
      ii) siapa yang di sembah ?.
      iii) Adakah sama kedua-duanya ?
      Pertanyaan di atas membawa maksud ada dua mawujud iaitu Allah dan makhluk. Bila ada kedua-duanya, barulah di katakan ada yang menyembah (makhluk) dan ada yang di sembah (Allah). Apakah kita juga berkeadaan sedemikian?. Jika berpihak kepada ya, seharusnyalah kita bermusahabah/bertanya pada diri sendiri.
      ” Harus di ingat penjelasan yang di sampaikan ini berbahasa hakikatun dan bukannya syariatun”
      Apakah sembahan makhluk itu sampai atau di terima olih Allah, jika yang di sembah (Allah) itu hanya sekadar mengetahui namaNya sahaja tanpa mengenal atau mengetahui Empunya nama?. Membesarkan nama Allah dengan Kalimah ” Allah hu Akbar ” itu telah sempurnakah jika Empunya nama itu tidak di kenal. Allah itu bukan sebutan dan tidak menyerupai sesuatu, tidak berhuruf tidak bersuara dan tidak berkata-kata. Sebut nama dengan suara itu belum lagi di katakan kenal Allah.Itu hanya membesarkan namaNya dengan sebutan sahaja dan bukannya Empunya nama. Benar Nama itu menunjukkan Empunya nama, jika tak kenal Empunya nama sudah tentu empunya nama itu ghaib tapi nyata. Jika pengetahuan kita belum sampai ke peringkat mengenal Allah, bagaimana kita hendak menyembah, membesarkan, mengagungkan atau taat atau patuh kepada perintah Allah. Taat atau patuh atau menyembah atau membesarkan Allah itu hanyalah sekadar tiru-tiruan atau ikut-ikutan sahaja. Disebabkan itulah kusyuk dan tawadduk yang di cari itu tidak di temui kerana kita berpura-pura dan berlakun alim dihadapan Allah.Sesungguhnya dan sebenar-benarnya hanya Allah sahaja mengenal Allah. Makhluk tidak bolih mengenal Allah, tinggi ilmu, tinggi lagi Allah. Makhluk tidak mampu mengenal Allah. Hanya Allah mengenal Allah. Sungguh pun demikian Allah itu maha kaya, maha pengasih dan maha penyayang.” Kenal diri rata-rata, maka kamu akan tuhan yang amat nyata ” dan ” Barang siapa mengenal diri, kenallah ia akan Tuhannya, barang siapa kenal Tuhannya, BINASAlah diri “. Fikir-fikirkan !!!
      Apabila BINASA diri maka kenallah Allah, Binasa itu membawa maksud, makhluk itu tiada lagi, maka yang tinggal hanya Allah, maka itulah yang di katakan hanya Allah mengenal Allah.Maka sempurnalah yang disembah itulah yang menyembah, dan yang menyembah itulah yang di sembah. Tiada lagi makhluk hanya tinggal Allah, Allah, Allah. Itulah yang di katakan dari sumber yang sama, yang satu dan yang esa.
      Demikianlah tuan guru dari hamba yang bodoh dan jahil ini. Mohon tunjuk ajar jika tersalah makna. Terima kasih tuan guruku.

      Like

      1. Saya bersyukur kepada Allah swt, kerana telah mengurniakan permata berlian yang bercahaya. Tuanlah permata berlian itu. Kerana telah dengan mendalamnya kefahaman tuan itu, sehingga boleh menghuraikan jawapan dalam bentuk yang begitu cantik!. Jarang orang yang boleh menjawab pertanyaan melalui istilah “rasa”. ternyata tuan adalah salah seorang yang telah berjaya menjejaki ilmu rasa, sehingga boleh menjawab pertanyaan dalam bahasa rasa!. Syabah wali Allah!.

        Like

  2. Syabas dan tahniah wahai tuan guruku. Saya sangat-sangat terharu dengan semangat jitu tuan yang tak pernah berundur walau selangkah demi menegakkan kebenaran. Benarlah pepatah semangat yg selalu tuan guru lafazkan “Patah sayap parut kan ku tongkat jua” demi menegakkan kebenaran ilmu ini. Sayalah pendukung Tuan.

    Like

  3. Assalamualaikum, kepada Tuan Guru yang kukasihi semoga beroleh ketenangan dan kebahagiaan disamping tugas yang teramat berat yang selama ini kau pikul untuk menyebarkan ilmu HAKIKAT DAN MAKRIFAT…… Sesungguhnya kau lah yang selama ini dicari untuk rujukan dan tempat bagi mereka-mereka yang dahagakan ilmu ini ,! Percaya lah Tuan Guru yang ku kasihi kau lah pelopor bagi ilmu ini diseluruh nusantara khususnya dan DUNIA amnya .Sesungguhnya lagi aku ini teramat daif dan hina untuk menyatakan hasrat aku dalam membicarakan dan aku percaya bahawa kebanyakkan mereka yang membaca blog mu ini terasa teramat terharu di atas segala huraian yang telah dinyatakan oleh mu wahai Tuan Guru !. Jangan lah kau merasa blog mu ini tidak ada sambutan atau pun seumpama yang kau nyatakan seolah-olah “mencurah air ke daun keladi”.Dan sesungguhnya lagi benar yang kau katakan dan tidak ada SYAK ,ZHON dan WAHAM lagi didada-dada mereka yang mencari ilmu TASAWUF ini . Teruskan usaha murni mu ini ,Aku percaya sahabat-sahabat mu sedia maklum akan rasa yang seperti yang aku rasakan .Sesungguhnya blog mu ini tidak ada yang lebih JELAS dan TERANG seumpama terangnya ALLAH itu lebih terang dari sinaran MENTARI . Tiada ilmu didada-dada untuk memberi comment dan kritikan terhadap nukilanmu wahai Tuan Guru . Sesungguhnya RASA yang dapat menilai penjelasanmu wahai Tuan Guru . Aku ini adalah antara muridmu yang senantiasa mengikuti tentang ilmu yang kau cuba perjelaskan di DUNIA ini . Tugasan suci ini hanya ALLAH sahaja yang MAHA MENGETAHUI tentang pahit jerihmu ….. Mungkin ade yang beranggapan aku ini terlalu mengangkatmu Tuan Guru tapi aku tidak kisah dengan ape yang mereka akan perkata kan karana aku tahu aku ini terlalu hina,bodoh,dan tidak mengerti apa-apa . Yang mengerti itu hanya ALLAH,yang faham itu pun hanya ALLAH .Dan yang tidak memberi faham juga ALLAH . Betulkah itu wahai Tuan Guruku yang kukasihi yang sentiasa menyinari alam kehidupan ku selama ini ? . SESUNGGUHNYA KAU JUGA TIDAK BOLEH LARI DARI KETETAPAN YANG TELAH DITETAPKAN . Minta maaf wahai Guru kerana aku ini cuba berjenaka denganmu . ALLAH ….. . Teruskan perjuanganmu wahai Tuan Guru . WASALAM ….

    Like

    1. Assalamualaikum Tuan Guru ;
      Saya baru menamatkan pembacaan nukilan Tuan Guru . Terima Kasih yang tidak terhingga di atas penjelasan Tuan Guru tentang Mandi Junub dan Nur Muhammad . Ilmu ini adalah tersangat baru bagi diri saya . Saya akan cuba bertanyakan kepada ayahnda saya untuk pertanyaan yang lebih kefahaman tentang perkara ini .

      Like

  4. Assalamualaikum! Tuan guru yg dirahmati Allah. Terima kasih atas kelahiran blog tuan guru ini, sedikit sebanyaknya memberi saya ilmu yg sememangnya dicari2 dalam hidup saya ini. Teruskan usahamu sesungguhnya ia bisa menyembuhkan penyakit didalam hati dan menghilangkan dahaga bagi orang yg sedang hauskan ilmu seperti saya yg hina ini. Teruslah menulis agar setiap hari adalah menjadi hari2 yg memberi ilmu kepada saya, bahkan kepada semua yg sentiasa dahagakan buah tangan tuan guru hj. shaari ini. Semoga Allah sentiasa memberkati usahamu tuan guru. Salam dari anak murid barumu. Syed Zaki

    Like

  5. Assalamualaikum Tuan Guru,
    Mohon penjelasan dr hamba yg cetek ini. sy bersetuju benar dgn ungkapan “saksi perlu mengenali yg disaksi”. Amat tepat dan padat. Soalan yg sy ini ajukan ialah seperti berikut;
    1. Apakah kesan sembahyang org yang tidak mengenali yg disaksi?
    2. Adakah kalimah shahadah dlm sembahyang ( dlm tahiyyat ) itu boleh diguna pakai jika tidak mengenali?
    3. Apakah kalimah syahadat yg sebenar?

    Mohon penjelasan Tuan Guru yg dihormati. Terima kasih.

    Like

  6. Alhamdulillah…
    Sungguh mulia hatimu,tuan guru,semoga allah selalu melindungi dan semoga allah selalu senantiasah mencurhakan ILmunya kepada Tuan Guru.
    Aku mencintaimu wahai tuan guruku.

    Like

  7. Asslammualaikum.. Saya insan yang dahagakan ilmu agama Allah. Sy mencari2 orang yg boleh membibing sy brjalan dengan betol. Mungkin dengan sedikit sebanyk Tuan Guru dan Saudara yg telah mmbaca komen sy ini dapat mmberi sedikit candangan dan pendapat untuk sy permudah niat sy ini. Alhamdulillah

    Like

  8. Assalamualaikum w.r.b, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya kata2 dan penyampaian saya ini tidak memuaskan. Jika ada kesalahan di harap berikan petunjuk.

    Untuk di pendek kan cerita tentang Syahadah ini dalam pengetahuan saya yg menjadi saksi adalah dari diri empunya diri iaitu “Aku” (Allah).

    Ayshadu ala illa ha illallah, Wa ayshadu ana muhammadar rasulullah.

    Erti: Kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita hanya Allah semata2 dan tubuh zahir kita ini adalah tukang penyata pada rahsia
    Allah semata2

    Like

  9. Salam tuan sudah Sy baca di atas.. Dan saya nak tahu lafaz niat yg betul apakah
    :aku mengaku tiada tuhan selain ALLAH dan aku mengaku nabi muhammad itu pesuruh ALLAH.
    Cuba pahamkan saya.

    Like

  10. Wahai ALLAH yang di Rahmati ALLAH, ALLAH yang menjelaskan Ilmu ALLAH dan Mengetahui ALLAH dengan sebenar benarnya tentang ALLAH

    Like

  11. Assalamu’alaikum wbt. Tuan guru.
    Setelah membaca makna syahadah yg diberi pengertian sgt dlm bekenaan penyaksian, menitis juga airmata saya kerana terharu. Jawapan yg diberi sgt mendalam dan mudah sy fahami. Bukan mudah mencari ilmu hakikat dan makrifat seperti ini… saya ingin memiliki buku2 ilmu tuan Guru Tok Kenali ini tapi tak tahu bgmana nak dptkannya. Di mana boleh sy dptkan kitab tersebut?
    Di sini sy tinggalkan no tel sy
    0109335077 SAJIDIN BIN JAIS

    Like

  12. Assalamualaikum wr wb
    saya hanya bisa ucapkan banyak terimakasih pada tuan guru hj shaari atas berkenanya memberi penjelasan syahadad yg sebenarnya … baru jelaslah semuanya… semoga tuan guru senantiasa di rahmati alloh … dan tidak bosannya memberi pencerahan pada kami yg lemah dan bodoh ini… sekali lagi terimakasih … tuan guru.
    (yanto _indonesia_)
    saya ucapkan terimakasih pada tuan isyaakahmad yg udah memberi penjelasan dlm bahasa kami sehingga mudah kami pahami sekali lagi terimakasih…

    Like

  13. Terima kaseh Tuan atas pencerahan..
    Sama maksud nya pengantin lelaki tak kenal saksinya..dan yang jadi saksi tak kenal pengantin lelaki..tiba tiba sebut Sah nikah.. lawak tak tuan?

    Like

Leave a comment